Tuesday, July 2, 2013

[TV] SEBENARNYA SAYA ISTERI DIA (SSID)

*The whole entry will be in BM (mixing with English), bahasa ibunda saya... hehehe & it will be a very-very long entry*


Dah lama sebenarnya dah tak layan drama Melayu, apatah lagi novel. Sejak ber-kpop, dah jarang follow drama Melayu. Bukan sebab tak minat langsung ke apa, tapi kebanyakkan cerita-cerita Melayu lebih sesuai untuk ibu-ibu... Hahaha! Walaupun diri ni takde lah nak berapa muda, tapi memang kureng nak tengok cerita-cerita yang terlalu berat macam Adam & Hawa. Afterall, this attitude of mine also including a k-drama that I wanna watch.

Last Malay drama yang tengok & memang layan habis-habisan adalah Vanila Coklat. Itu pun last year. Pastu adalah jugak layan drama-drama Michael Ang sebab hero dia jejaka idaman Indonesia saya, Randy Pangalila :p

THE DRAMA

Both Izzue & Tiz played the characters of Firash Arshad & Syafa Aqira well ;)
Masa mula-mula drama ni nak tayang, memang tak tahulah apa-apa tentang upcoming Malay drama as usual. Jangan kata drama, wujudnya novel SSID kat Malaysia ni pun tak tahu LOL. 

Setiap hari Jumaat pukul 9 malam, memang dah set untuk menonton Korean Show kat channel ONE. Jadi, memang nan hadolah nak tune channel lain. First time tertengok sikit drama ni, bulan April kot. Bila dah habis je cerita Korea pukul 9.45, terus mama suruh tukar TV3. Dalam hati, cerita Melayu apalah yang mama aku nak layan lagi ni...

Tak ingatlah episod berapa time tu, tapi adalah 1st few episodes. Walaupun tak berapa nak tengok, berapa kali lah gak sibuk tanya mama ni cerita tentang apa, siapa pelakon dia since yang kenal dalam tu hanyalah Tiz Zaqyah. Pelakon lelaki utama, maaflah saya tak kenal dia masa itu (Sorry, Izzue).

Tapi disebabkan time tu memang still nak tengok cerita Korea kat channel ONE (sebab saya peminat 2PM yang tegar LOL), tiap hari Jumaat je, selalu terlupa nak ingatkan mama cerita tu walaupun dia boleh je tengok cerita tu kat TV bilik dia (multiroom astro... ahahaha)

Tapi sejak 2 - 3 minggu lepas (reaksi yang terlalu lambat), kadang-kadang time commercial break cerita Korea tu, bukaklah layan sekejap. Ketawa lah gak tengok dengan gelagat Firash Arshad tu. And tetiba rasa pelakon yang membawa watak Firash Arshad tu agak cute & handsome. In the end, i'm a fangirl :p

Last week, sekali lagi dapatlah layan the last 30 minutes SSID. Sangat tetiba yer macam tergerak hati nak layan, and surprisingly, tengok dalam masa 30 minit terakhir tu, terus jatuh cinta dengan drama tu & *ehem* pelakon lelaki dia juga, Izzue Islam (oh, tapi hanya sebagai peminat! ahahahaha).

Lepas je habis drama tu, terkontang-kanting spazz kat twitter nak tahu kat mana boleh layan previous episodes, dan time tu jugalah dapat tahu yang episod seterusnya adalah episod akhir (craiiii). Of coz t-listeu saya semuanya baik hati, dan dengan bantuan Mr. Google, jumpa blog yang membolehkan saya download Ep 1 - 12. Proses mendownload ambil masa sehari, & mulai Sabtu, 10 malam, saya mula menonton SSID dari episod 1, dan terus layan semua 12 episodes till 5am. Just, I can't stop watching it.

SSID is really a good drama. The chemistry between Izzue Islam & Tiz Zaqyah is totally awesome. Storyline jangan cakaplah, coz kalau tak, takdelah saya ni melayan sehingga pukul 5 pagi ^^

THE NOVEL

My novel ^^
Disebabkan suka sangat dengan drama ni, memang teringin sangat nak baca novel dia. I don't like to read. Tapi sepanjang hidup ni, hanya ada satu je novel yang paling suka tapi dah tak ingat tajuk sebab tu zaman sekolah menengah.

So, bought the novel at the bookstore nearby my house, and balik je terus baca. How awesome the drama is, the novel is much more awesome. Novel lebih banyak moment Firash & Syaf yang tak boleh nak sumbat semua dalam drama. And I knew it's a good novel, when I fall in love with the character of Firash LOL. Plus, scene-scene yang tak boleh nak tayang lebih-lebih, jadi baca novel jelah jawabnya.

ps: Sure akan rewatch the drama & re-read the novel coz Firash & Syaf are so cute together.
psps: Harap-harap ada lah movie version... ehehehehe

1 comment:

L's said...

yeay! okay..
at least cho tau bukan cho je yg lambat layan cerita ni...

anddd....izzue islam!!!! XD
*dah masuk mode fangirling*


P/S: oh oh ohh, lupe nak cakap hai kat kak wawa. hihiii :D